Saturday, July 20, 2013

SIAPA ITU RADIOGRAPHER?

Secara ringkasan Radiographer atau nama lain yang mudah untuk dikenali Juru x-ray adalah petugas yang berkelayakkan untuk mengendalikan alatan radas sinaran .

Tugas seorang juru x-ray adalah luas, ia merangkumi pelbagai modaliti yang menggunakan sinar-x, seseorang juru x-ray juga seorang yang bertauliah untuk memberikan nilai dedahan sinar-x kepada pesakit mengikut kuantiti yang optimum dengan memberikan kualiti imej diagnostik yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mendiagnosis penyakit.

Ini kerana pertimbangan mengikut keadaan dan penyakit perlu difikirkan sekali semasa menjalankan tugas, ini penting bagi memastikan pesakit menerima dedahan yang secukupnya tanpa memerlukan pengulangan semula dan imej yang dihasilkan memberikan nilai diagnostik yang secukupnya.

Juru-ray dibahagikan kepada 2 bahagian atau kepakaran iaitu Diagnostik dan Terapi, implementasi adalah sama tetapi perlaksanaan kepada mesin adalah berbeza-beza.

Juru x-ray Diagnostik
  • General x-ray
  • Fluoroskopi
  • X-ray Mudahalih
  • Angiografi
  • CT scan
  • Magnetic Resonance Imaging (MRI)
  • Mammografi
Juru x-ray Terapi
  • LINAC (linear accelarator)
  • Gamma Camera
apa yang penting pengamalan dan etika dalam mengendalikan alatan sinaran adalah penting bagi memastikan pesakit yang didedahkan dengan sinar x selamat.

4 comments:

  1. nak jadi pakar tukang boleh bermula daripada seorang radiographer eh? boleh saya tahu pathway dia macam mana?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Nak tanya kerja as radiographe ni boleh dikira sebagai dokter ke??

    ReplyDelete
  3. Wynn Palace Hotel & Casino - Macau SAR - Goyang County
    A complete overview 랜덤 룰렛 of Wynn 토토 사이트 신고 Palace Hotel & 이스포츠 Casino in Macau. See all. 오산휴게텔 This 5-star resort was created by the same Cuban-American team who went 사다리 사이트 on to  Rating: 4.3 · ‎34 reviews

    ReplyDelete