Sunday, July 21, 2013

MODALITI DIDALAM PENGIMEJAN PERUBATAN

Terdapat pelbagai modaliti pengimejan yang dikendalikan oleh
  • General X-ray
General x-ray adalah modaliti yang paling umum dan semua pusat kesihatan dan hospital yang mempunyai jabatan radiologi mempunyai unit ini, ia adalah alatan asas bagi sesebuah jabatan radiologi, ia mampu membuat pengimejan bagi bahagian Kepala, tulang belakang, abdomen, anggota atas badan dan anggota bawah badan. 

  • Fluroskopi
Modaliti fluoroskopi adalah modaliti yang hampir sama seperti general x-ray tetapi perbezaannya adalah ia adalah dynamic studies modalities. Ia dinamakan sedemikian kerana imej yang dilihat dan dirakam adalah imej on-time , dengan demikian pakar perubatan dapat membuat keputusan dan diagnosis dengan tepat tentang penyakit yang dihadapi oleh pesakit.


  •  CT scan (computed tomography)
CT-Scan adalah kombinasi berberap siri x-ray yang diambil dari berberapa siri angulasi dan imej yang diambil diproses di computer untuk menghasilkan imej badan manusia dalam bentuk keratan rentas, disamping itu ia juga dapat membezakan antara tulang tisu badan manusia.
Imej yang dihasilkan lebih berinformasi berbanding dengan x-ray biasa, ini kerana imej yang dihasilkan boleh diubahsuai untuk menjadikan imej 3D, ini menjadikan ia lebih sensitif kepada sebarang patalogi didalam badan manusia.


  • Angiography
Angiography mempunyai persamaan dengan fluroskopi ia memberikan imej real time untuk di interpretasi. Pemeriksaan yang menggunakan alatan angiografi adalah pemeriksaan yang melibatkan pemeriksaan saluran darah seperti Angiografi cerebral (cerebral angiography), Angiografi coronari (coronary angiogram). ini kerana saluran darah mempunyai pergerakkan yang laju maka ia memerlukan mesin yang cekap dan pantas dalam merakam imej.

  •  Magnetic Resonance Imaging (MRI)
Magnetic Resonance Imaging (MRI) adalah modaliti yang tidak menggunakan x-ray untuk menghasilkan imej, ia menggunakan medan magnet untuk menghasilkan imej, semasa pemeriksaan dijalankan pesakit akan merasai bunyi bising untuk berberapa minit bergantung kepada jenis pemeriksaan yang dijalankan. Sebagai langkah penjagaan pesakit. Sebelum memulakan pemeriksaan, telinga pesakit akan diletakkan dengan headphone bagi memastikan bunyi bising tidak terlalu kuat diterima oleh pesakit. bagi pesakit seperti kanak-kanak dan orang tua serta yang takut masuk ke dalam terowong kecil. sedasi akan diberikan bagi memastikan semasa pemeriksaan dijalankan mereka tidak bergerak, sekiranya berlaku pergerakkan, pemeriksaan perlu diulang semula atau tidak dapat diteruskan.

  • Ultrasound
Ultrasound adalah salah satu modaliti yang tidak menggunakan x-ray  untuk menghasilkan imej, organ didalam badan kita mempunyai kepadatan (density). Bunyi yang dihasilkan oleh transducer Ultrasound akan terkena pada organ dalaman badan, organ yang lebih lembut akan menyerap lebih bunyi berbanding organ yang padat oleh yang demikian terdapat perbezaan pada imej yang dihasilkan, memandangkan ia tidak melibatkan x-ray, ia selamat untuk digunakan untuk kes-kes sakit puan. Namun begitu pada masa sekarang, di kebanyakkan Pusat Perubatan, Pegawai Perubatan atau pakar Radiologi akan melakukan pemeriksaan ini.


akan bersambung